Sabtu, 25 Jun 2011

Kabinet dapur pelengkap dekorasi kediaman

BAGI golongan wanita, suatu tempat yang memberi kepuasan baginya ialah dapur. Jika suri rumah, inilah tempat yang paling banyak masa dihabiskan dari pagi hingga ke malam. Mana tidaknya, di sinilah juadah-juadah yang lazat dan berkhasiat dihasilkan untuk disajikan kepada ahli keluarga.
Lebih menyerlahkan lagi sekiranya, dapur itu kemas dan dilengkapi dengan kabinet pasang siap yang cantik, sudah tentu hati akan terpaut untuk berada di ruang tersebut.

Justeru itu, pemilihan kabinet dapur pasang siap perlu dirancang dan diteliti dahulu supaya tidak menimbulkan suasana yang boleh menyempitkan ruang atau warna yang boleh menimbulkan rasa bosan, kayu yang mudah reput atau berkulat.

Reka bentuk kabinet yang menarik dengan aksesori seperti pintu kaca, rak dan lampu tumpu menyerlahkan lagi ruang dapur. Garisan Ilham menawarkan harga yang murah dengan kualiti sama barangan import.Selain itu,syarikat kami mempunyai semua kemudahan mereka dan membina peralatan rumah yang diimpikan.

Tidak hanya mahir dalam hiasan ruang dapur,Garisan Ilham juga boleh membantu anda dalam hiasan siling kapur,landskap dan rekaan dalaman.

untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Rozaimi : 0199321440
zuraida : 0169220440

Tiada ulasan:

Catat Ulasan